Thursday, December 1, 2016

Bali : Sebuah catatan perjalanan ~ Lovina dan Si Lumba-lumba

Sambungan dari kisah-kisah ini.

Day 2; Isnin October 31st, 2016.
Part 2.

Dolphin atau ikan lumba-lumba. Tarikan utama yang terdapat di Lovina Beach. Teman saya Shikin sudah beberapa kali bertemu dengan ikan lumba-lumba sebelum ini melalui pengembaraannya bersama keluarga. Tetapi menontonnya dengan saya pasti memberi pengalaman yang berbeza.

Kami menaiki bot tradisional untuk ke tengah2 laut di mana terdapat habitat sang lumba-lumba di situ. Bukan satu dua ekor, tetapi berekor-ekor! Menurut Agus; pemandu bot kami, sepanjang tahun terdapat banyak dolphin di kawasan itu dan pelawat tidak akan balik dalam keadaan kecewa kerana tidak dapat melihat. Maka itu menambahkan keterujaan kami untuk melihatnya dengan mata kepala sendiri.

Dari pinggir pantai ke tengah laut di mana habitat dolphin itu berada, kami ditemani dengan indahnya suasana matahari terbit. Sungguh feeling2 mahu menangis dengan hebatnya kuasa Tuhan. Aku menyorokkan rasa terharuku dari Shikin kerana tidak mahu dia berasa cuak melihat mengapain kawan aku ini tiba2 menangis? Waktu menaiki bot ke kawasan itu, kami melayan perasaan masing2 menikmati asyiknya laut terbentang luas, di hiasi sinaran mentari yang betul2 baru terbit dari ufuk timur, di temani berbelas2 (atau puluhan? Tidak pula kukira) bot tradisional yang sangat unik bentuknya yang penuh dengan pelancong yang juga mengharapkan perkara yang sama seperti kami.

Dari awal telah saya berdoa, agar Tuhan memberikan saya peluang melihat makhluknya yang sangat elegan ini. Agar Tuhan bisa perkenan biar sang dolphins banyak muncul di permukaan air. Barulah saya sedar, pengembaraan saya ini membuatkan saya menjadi seorang hamba yang lebih banyak berdoa, meskipun hanya berdoa ingin rasa melihat ikan lumba-lumba. Dan doa itu sentiasa di sudahi dengan rasa kesyukuran yang melangit kepada Tuhan, kerana baiknya Dia memperkenankan kehendak kami.








Setiba di tengah laut, semua bot pun berhenti. Kami menanti dengan penuh debar akan kemunculan dolphin. Saya sudah bersedia dengan DSLR di tangan manakala Shikin dengan camera handphonenya bersedia untuk merakam video. Tiba2 kami melihat dari kejauhan ada sekumpulan makhluk yang meloncat2 di permukaan air, dan mulalah bot2 tadi menderu2 mengejar dolphin.

Mula2 agak kecewa kerana dolphinnya agak jauh kelihatan, tetapi tiba-tiba datang segerombolan dolphin begitu hampir dengan bot kami, meloncat2 sehingga mulut kami ternganga tidak bisa ditutup lagi. Saya juga hampir terlupa kamera di tangan kerana tergamamnya menyaksikan pengalaman itu. Bila mereka tiba2 hilang, barulah saya tersedar dan tergopoh2 ingin merakam melalui kamera. Manakala mulutnya si Shikin sudah mulai bising terjerit-jerit menambahkan keceriaan. Berulang2 kami mengucap syukur. Begitulah berulang2. Menanti dengan penuh sabar sang dolphin muncul ber turut turutan.









Sehinggalah saya merasa pening mabuk laut hendak muntah kerana berada lama di atas bot. Air laut tidaklah bergelombang sangat. Tetapi kepala pening rasanya sebab tidak tidur lena sangat semalaman menyebabkan ia berputar2. Setelah puas, saya pun mengajak Agus untuk memandu kami ke tepi pantai. Alhamdulillah, apabila bot sudah bergerak, maka hilang terus pening saya. Yang nyatanya kami puas.

Sesampai di tepi pantai saya mengalami masalah hendak turun dari bot sebab ia bergoyang2. Di sinilah Shikin beraksi sebagai watak pahlawan (sememangnya dia banyak menjadi penyelamat sesuai dengan karaternya yang gagah, rupawan dan berani hahahha). Hendak didokongnya saya keluar dari bot. Tapi apakan daya, berat saya sudah melebihi ukuran beratnya. Kalau saya perlu didokong bermakna kami berdua akan tercampak ke dalam laut. Maka saya pun berusaha untuk terjun sendiri keluar bot. Rupanya mudah saja. Hanya saya yang mengada-ngada.

Keluar saja dari bot, dua orang penjaja sudah menanti di tepi pantai. Mereka menjual barang2 perhiasan berupa cengkerang. Saya melihat mata Shikin bersinar2 lumayan sekali. Maka disudahi dengan pembelian beberapa cengkerang untuk diletak dirumahnya. Saya pula di suruhnya membayangkan sudut rumahnya di mana cantik untuk letak perhiasan tersebut. Saya pun patuh menurut arahan.




Setelah di potret oleh Agus gambar-gambar kami beraksi bersama bot di tepi pantai, kami pun mendapatkan supir kami; Sean untuk bergerak ke destinasi berikutnya, iaitu Gitgit Waterfall. Di sinilah buat pertama kalinya saya pula yang bertindak menjadi penyelamat kepada teman saya yang gagah berani tadi.

Apa itu?
Tungguuuu...
akan bersambung lagi.

Untuk yang ingin menonton si Lumba-lumba cerdik beraksi, boleh menontonnya di video ini ok!

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors