Friday, January 12, 2018

Best memories in Kuala Terengganu | Malaysia Children Family Photographer

"Kalau tiba-tiba terfikir untuk buat satu kebaikan, lakukan sahaja. Jangan terlalu banyak fikir itu ini. Jangan fikir cakap orang. Terus buat. Kalau Allah gerakkan hati kita untuk buat baik, maknanya adalah sesuatu yang Allah nak bagi kat kita." 

Sederhana bunyinya tetapi ucapan nasihat daripada seorang ibu yang telah banyak melalui asam garam kehidupan ini benar-benar telah lekat dalam fikiran dan hati saya. Apa yang dinasihatkan, itulah yang saya buat. Dan nasihat itu sangatlah benar. Memang selalunya ada sesuatu rahsia yang ingin Tuhan berikan. Walaupun telah lama sesi fotografi ini dibuat, iaitu pada March tahun lalu, kesannya terhadap diri saya secara peribadinya sangat kuat. Apabila saya melihat wajah tua itu tersenyum sangat gembira melihat gambar-gambarnya yang telah di rakam di sebuah rumah nostalgia ini, betapa puasnya rasa dalam hati.Apalagi bila semua memori itu disimpan kemas-kemas dalam album yang cantik. Apabila datang rindu, sang ibu boleh terus mencapai dan melihatnya. Sebenarnya, tidak perlu sebesar gunung pun, tetapi hanya perkara kecil sahaja diperlukan untuk membuat hati bahagia melihat orang lain gembira.

Dekat mana agaknya yang mendatangkan kepuasan kepada saya merakam memori untuk anak-anak dan keluarga? Dekat sinilah. Dekat manusia-manusia yang Allah kirim kepada saya untuk saya kaut pengajaran, menteladani yang baik-baik, belajar, dan sampai masa saya pula yang memberi. Setiap kisah yang saya rakamkan sangat memberi impak kepada pembentukan peribadi saya sekarang. Bagaimana cara saya berfikir, memandang sesuatu, merasai, memerhati dan bertindak semuanya adalah atas pengalaman dan persekitaran sebegini yang pemurahnya Allah telah beri saya rasai. Alhamdulillah.

Inilah dia gambar-gambar yang saya rakam di satu kampung di Kuala Terengganu hadiah dari seorang anak buat seorang ibu yang sangat dikasihinya. Semoga dalam rahmat Allah hidup mereka sentiasa.


Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors