Thursday, April 12, 2018

Ten! | Kuala Lumpur, Selangor Malaysia Family Photographer

D menghubungi saya sekali lagi.
"Kali ini semua ada!" ucapnya.
Ini kali ketiga saya merakam gambar D sekeluarga, tetapi sebelum ini tidak pernah 'lengkap'. Mendengar sahaja semua akan ada, saya sudahpun teruja. Ini pengalaman pertama buat saya merakam gambar keluarga nukleus yang besar. Sepuluh kesemuanya.

Sempurna. Biar setiap dari mereka mempunyai karakter masing-masing, berbeza cara, riuh rendah, malah ada yang menangis sewaktu sesi dijalankan, berganti pula dengan ketawa yang berdekah-dekah, sekali sekala terdengar kakak memarahi adik-adik, ada yang merajuk kemudian dipujuk, ada yang bermasam muka sekejap tapi tidak lama.. terus tersenyum bila disakat. Itulah sempurna. Kerana mereka telah saling melengkapi. Mereka telah menutup ketidaksempurnaan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Itulah keluarga.

Hari itu saya pun ceria gembira. Tidak kekok saya rasakan kerana diri sendiri pun datang dari keluarga yang besar, 9 beradik. Suasana biasa yang juga selalu kami lalui. Maka, ini bonus untuk saya :-)



Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors