Friday, December 31, 2010

Beautiful memories to be remembered to end our 2010 journey..

Alhamdulillah.

Semua perasaan ada. Gembira, terharu, semuanya bercampur baur.. Sesungguhnya inilah kenangan yang sangat indah untuk saya dan Eyes of Grace Photography ingati sepanjang perjalanan 2010 kami di sini.

InsyaAllah, Eyes of Grace Photography akan muncul dalam satu program baru terbitan TV9 iaitu program SAFIYYA. EOG dan saya sebagai photographer akan diketengahkan dalam segmen Personaliti. Program berkaitan wanita ini akan mula bersiaran pada tahun 2011 dan insyaAllah kalau tiada apa2 halangan, EOG akan muncul di kaca TV pada awal February 2011. Saya akan update lagi di sini bila dah dapat tarikh sebenar insyaAllah.

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada wartawan Syafin dan semua krew TV9 yang terlibat dalam pergambaran ini. Terima kasih kerana bersabar dengan karenah model2 kecil kita pada hari itu. Terima kasih juga untuk suami, model2 cilik kami, dan semua ibu bapa yang terlibat.

Ok, ini ada sedikit gambar2 behind the scene yang sempat di ambil pada hari penggambaran iaitu Khamis 30 Dec 2010. Gambar2 lain boleh dilihat di sini. Nantikan kemunculan kami ya!! :-)))




Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors