Thursday, March 31, 2011

Sleeping baby



There is nothing more universally appealing than the sight of a sleeping baby..

Read more...

Wednesday, March 30, 2011

Kakak dan adik



Aina, bila nanti kamu sunyi tidak berteman, pergilah kepada adikmu.. dia pasti akan sentiasa di situ.

Dina, bila nanti kepala mu bercelaru.. menguji kehidupanmu.. berkongsilah dengan kakakmu.. dia akan sentiasa menjagamu, menggembirakanmu.

Biar kuat mana dugaan.. biar jauh mana jarak yang memisahkan.. ingatlah.. adik beradik adalah segalanya.. jangan sesekali Aina & Dina lupa ye.

Terima kasih buat ibu dan ayah Aina & Dina kerana memberi kepercayaan sekali lagi kepada saya untuk mengabadikan gambar anak-anak mereka. Semoga gambar2 ini dapat mngeratkan lagi kasih sayang antara mereka berdua :-)

Read more...

Monday, March 28, 2011

Hatinya semerah saga


Budi itu kadangkala tidak nampak.. tersembunyi.. tapi ianya cukup dirasa..
Bahasa itu biarlah sentiasa dijaga..
Baik budinya.. baik jugalah bahasanya..

Irfan, jagalah budimu, perelokkan bahasa mu selalu :-)

Love,
Mama.

Read more...

Wednesday, March 16, 2011

Nine days | Kuala Lumpur Malaysia Newborn Photographer


Alhamdulillah, panjang umur saya dan suami dapat bertemu dengan bayi ini; Alya Marissa apatah lagi dapat merakamkan hari2 terawalnya di muka bumi ini, satu pengalaman yang cukup berharga. Alya Marissa dilahirkan awal lebih kurang seminggu lebih, dan syukur, walau dalam keadaan yang amat sibuk, dapat juga kami selitkan slot untuknya yang sepatutnya dijadualkan pada minggu hadapan :-) Memang sudah rezeki kami :-)

Hati mana yang tidak sayangkan bayi. Melihat kecil dan sucinya mereka, menyentuh kaki dan tangannya yang mulus, mencium harum bau badannya, menyentuh kulit yang masih lagi berkedut2, mnyaksikan dia menggeliat.. merenggangkan badannya yang comel, menguap, melihat senyuman dalam tidurnya yang spontan, mengangkatnya, mendodoikannya, cukup buat hati rindu akan waktu2 itu bersama anak sendiri.

Buat ibu Alya Marissa.. terima kasih dari hati kami kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan potret Alya. Terima kasih kerana memberi kami ruang dan waktu ketika kami memerlukan, dan terima kasih kerana sangat memahami sepanjang sessi. Tiada apa yang dapat kami berikan sebagai tanda penghargaan selain dari gambar-gambar ini :-)

Alya Marissa, kami mendoakan kesejahteraan hidup Alya hingga ke besar. Semoga kehidupan Alya sentiasa diredhai. Dapat mengabadikan potret alya merupakan satu nikmat untuk kami :-) Moga2 ' berjangkit' lah pula dekat Auntie Zubye ye :-) hehhehe



Note : All poses are done by experienced professionals only. Please DO NOT try it on your own without supervision of experts.

Read more...

Monday, March 14, 2011

Untuk si dia dan suami



Moga gambar ini bisa menceriakan petangmu ;-)

Read more...

Cheesy grin | Kuala Lumpur Malaysia Children Photographer

Read more...

Run children run! | Kuala Lumpur Malaysia Children Photographer

Read more...

Thursday, March 10, 2011

Usah leka lagi...

Allah kurniakan kita faedah juga nikmat. Kita bersyukur. Tapi selagi bernama manusia kadang-kadang kita lalai dan leka. Lalu sering kita terlupa. Kita terpesong walaupun tidak sengaja. Kita seronok meneruskannya. Kita tidak tahu itu salah. Lalu yang salah itu bisa menjadi satu turin. Rutin yang memakan diri kita di dalam senyap.

Kerana sayang, lantas Allah wujudkan pula seseorang dalam hidup kita. Dia datang menegur kita yang alpa. Lalu kita tersentak. Keikhlasannya buat kita terpukul. Sakit dan pedih. Di dalam hati tidak terkata. Kita menangis hari ini di atas keterlanjuran kita yang lampau. Kita seolah-olah baru sedar di bumi yang nyata.Kita mengakui. Kesilapan telah kita lakukan. Tanpa sedar. Kita sesali semua. Tapi kita bangkit dengan satu azam yang baru. Kita tidak mahu ulang lagi. Kita bentuk diri yang baru. Hati yang baru. Kepada makhluk Tuhan yang datang tadi, kita berterima kasih. Tinggi nilainya dalam hati.

Biarlah rasa sakit dan pedih itu kekal di situ.Supaya andai kita terlupa lagi, sakit itu akan selalu mengingatkan. Biarlah kalau perlu kita menangis hari ini. Hilang sesuatu di hari ini. Tetapi besar nikmat dan rahmatnya di kemudian hari. Itu suatu yang kita perlu yakini. Kelak kita akan senyum semula.

Buat dua orang ini, terima kasih kerana sentiasa ada di sisi.


xoxo

Zubye.

Read more...

Tuesday, March 8, 2011

The gypsy girls | Kuala Lumpur Malaysia Children Photographer


I photographed these girls since they were newborns and I'm so glad to meet them again this year. This time I had more chances to capture the sister's bonding between the two of them and here are few from many many of my favorites. Enjoy!

Till next time,

Zubye.

Read more...

Itulah sayang...


Tanya sama hati.. apa asal sayang..
Adakah tandanya... nampak di pandang
Kumbang rayu bunga.. bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda.. hubungan mesra..

Tanya sama hati.. pernahkah merindu..
Ingat masa lena.. apa mimpimu..
Masa berjauhan.. apa nan di kenang
Bila difahamkan.. itulah sayang~~~

Read more...

Thursday, March 3, 2011

Don't despair and never lose hope..


Anakku, jika satu hari nanti kau ditimpa masalah, janganlah engkau berkeluh kesah. Jadikan masalah sebagai warna warni kehidupan. Kan bosan kalau dunia hanya ada satu warna? Ujian & dugaan sebenarnya adalah hadiah dari Tuhan untuk kita memperoleh hati yang cekal, jiwa yang kuat dan berani menghadapi & menyelesaikannya.Besar nilai hadiah itu kan? Lalu, hadapilah dengan tenang dan berterima kasihlah pada Yang Maha Mengetahui. InsyaAllah ada jalannya :-)

~ Mama

Read more...

Tuesday, March 1, 2011

To watch her grow... | Kuala Lumpur Malaysia Babies Photographer


Madison's 1st year Documentary Portrait.
Her milestone at 8 month old :-)
Look, how much she has grown up since the last time we met her.

"There is a garden in every childhood,
an enchanted place where colors are brighter,
the air softer, and the morning more fragrant than ever again."
~ Elizabeth Lawrence.

Read more...

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors